OMEGA GUARD UNTUK KESIHATAN MENYELURUH

OMEGA GUARD VITAMIN YANG SANGAT PENTING UNTUK KESIHATAN

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi info tentang salah satu produk Shaklee iaitu Omega Guard.

Bagi saya, vitamin ini wajib ada bagi setiap keluarga.  Banyak sangat kepentingannya terutama untuk kesihatan satu keluarga.

Bagi korang yang masih teragak-agak nak makan supplemen ini, boleh baca entri ini sampai habis.  Betapa anda tidak akan rasa rugi sedikit pun untuk melabur duit untuk membeli Omega Guard ini.

Apa yang perlu korang tahu, Omega Guard ni antara supplemen yang paling Versatile. Seisi keluarga boleh amalkan tau! Dari janin dalam perut hingga ke orang tua boleh ambik Omega Guard ini.

Saya akan kongsikan manfaat Omega secara ringkas dalam entri ini.

Ok, apa manfaat Omega Guard ni?



OMEGA-3 PENTING UNTUK KESIHATAN OTAK

Banyak kajian membuktikan Omega-3 dapat MENINGKATKAN PRESTASI OTAK.

• Omega-3 dapat meningkatkan fungsi kognitif otak, meningkatkan memori juga, memanjangkan daya fokus.

• Omega-3 juga dapat meningkatkan keupayaaan mempelajari perkara baru.

• Omega-3 meningkatkan dan menggalakkan signal saraf otak berhubung lalu mengoptimumkan keupayaan otak.

• Pengambilan EPA & DHA juga boleh mengurangkan stress (mood yang baik) .

• Mengurangkan risiko nyanyuk

• Untuk ibu hamil pula, Omega-3 membantu perkembangan otak dan mata si manja dalam kandungan



2. OMEGA-3 BANTU KURANGKAN BERAT BADAN

Jika korang tengah dalam proses nak kurangkan berat badan, atau nak kurus. Boleh ambik Omega Guard untuk membantu misi korang ini.

Macamana pula Omega-3 bantu kuruskan kita eh?

Jom saya cerita secara ringkas ye. 




Semua kita tahu, lemak yang tak dibakar adalah faktor utama berat badan bertambah atau susah nak turun.
Kajian menunjukkan Omega-3 ni boleh :

• Meningkatkan metabolisma badan kita – maka proses pembakaran lemak lebih efektif.

• Ia juga meningkatkan aliran darah ke otot ketika senaman , maka lebih banyak lemak dibakar.

• Omega-3 bertindak mengawal selia hormon Kartisol . Hormon ini meningkatkan stress. Nak tahu, stress antara punca berat susah nak turun. Dengan kurangnya stress, maka lemak degil lebih mudah dinyahkan apabila kita senaman.

• Omega-3 juga meningkatkan paras Hormon Leptin . Hormon Leptin menghantar isyarat ke otak yang kita dah kenyang. Manakala hormon Ghrelin meningkatkan selera makan. Pengambilan Omega-3 membantu kita rasa lebih kenyang, insyaAllah.



3. OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN SENDI




Bila sebut kesihatan sendi, teringat mak ayah di kampung, kan.
Bila ke masjid atau surau, kesian tengok makcik pakcik yang solat atas kerusi. Tak mampu nak sujud sebab masalah sendi.

Macam saya sendiri pun, ada masalah sendi.  Lenguh-lenguh kaki dan badan ini makinlah menjadi-jadi bila masuk usia 40an ini. Sebab itu, Omega Guard ini saya jadikan vitamin wajib ada di rumah saya.

Bagaimana Omega Guard membantu masalah sendi?
  • Omega-3 Mengurangkan keradangan sendi di mana ia mengurangkan degradasi tulang rawan.
  • Omega-3 mengurangkan kekejangan sendi, sakit sendi dan bengkak sendi.
  • Omega-3 juga bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi yang selesa.

4. MENGOPTIMUMKAN KESIHATAN JANTUNG.



Sebenarnya kalau sebut kesihatan jantung, tak perlu nak tuju ke orang tua sahaja.
Dunia harini, orang muda umur 30-an pun ada masalah jantung.

Diri sendiri, suami pun kena cakna tentang kesihatan jantung. Kena jaga dari awal.

Tapi, Bagaimana Omega-3 membantu mengoptimumkan kesihatan Jantung?

• Menigkatkan Kolesterol baik (HDL), Mengurangkan paras Kolesterol Jahat (LDL) dan trigliserida.

• Mengatur tekanan darah yang sihat. Tahukan korang, tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah seterusnya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat.

• Mengurangkan keradangan pada dinding salur darah. Ini mengurangkan risiko salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan Stroke dan Serangan Jantung.

• Membantu menigkatkan keupayaan pengaliran darah yang lebih lancar.

• Menstabilkan rentak ritma jantung. Ini mengurangkan risiko kematian mengejut.




5. OMEGA-3 TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Ini special untuk ibu mengandung. Wajiblah consume Omega.




Apa manfaat Omega untuk ibu hamil?
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
  • Mengurangkan risiko preeclamsia (tekanan darah tinggi semasa hamil).
  • Untuk perkembangan otak dan mata bayi.
  • Mengurangkan risiko alergi /eczema bayi selepas kelahiran (banyak sangat kes baby ekzema sekarang).
  • Menguatkan sistem imun bayi.
  • Mengurangkan risiko ibu alami meroyan selepas lahir.

Untuk IBU MENYUSU, pengambilan Omega sangat membantu perkembangan otak anak dan juga bantu slim down selepas beranak.

Sekarang nampak tak kepentingan Omega-3 dalam meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh?

Sebab itu, semua orang pun wajib amalkan pemakanan atau supplement yang mengandungi Omega-3.

Untuk order Omega Guard ini, boleh terus Whatsapp saya.  Atau mungkin korang nak tahu apa vitamin yang perlu korang consume untuk kesihatan, saya bersedia untuk membantu korang ye. Jangan malu jangan segan untuk pm saya. 


Klik WHATSAP 019 963 4997 ( klik terus link ) untuk order dan sebarang pertanyaan vitamin Shaklee.

Atau boleh terus order hanya dengan klik ESell di bawah.




Kredit :  http://elaila.net/promo-merdeka-dapatkan-e-voucher-rm60-untuk-setiap-pembelian-5-botol-omega/
Tags: Kesihatan jantung, Kesihatan Otak, Omega Guard

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS