SEJARAH SHAKLEE

Jom kenali pengasas Syarikat Shaklee. Rugi tak baca. Sangat menarik perjalanan hidup beliau.

SEJARAH DR SHAKLEE

Dr Forrest C Shaklee atau lebih dikenali sebagai Dr Shaklee dilahirkan pada tahun 1894. Sejak lahir lagi beliau telah disahkan mengidap penyakit 'turberculosis' atau lebih dikenali sebagai batuk kering.

Memandangkan teknologi pada waktu itu tidak secanggih zaman sekarang, doktor yang merawat beliau memberitahu kepada ibubapanya bahawa harapan untuk Dr Shaklee hidup adalah sangat tipis. Dan dijangkakan hanya boleh hidup 8 tahun sahaja.

Tapi Dr Shaklee mempunyai ibu yang sangat optimis, tak mahu mengalah dan yakin pasti ada cara lain untuk kembalikan kesihatan anaknya. Keluarga Dr Shaklee membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang mempunyai tanah yang subur iaitu di kawasan utara Lowa yang berudara segar  dan sihat. Mereka percaya persekitaran yang itu mampu merawat penyakit batuk kering Dr Shaklee.

Di situ mereka bercucuk tanam dan dapat menghasilkan makanan harian yang penuh dengan nutrisi. Ibu Dr Shaklee menukarkan  pemakanan kepada herba-herba yang kaya dengan khasiat memulihkan.

Ibubapa Dr Shaklee pada waktu itu tidak lagi bergantung sepenuhnya pada hospital tetapi mengamalkan pemakanan yang bernutrisi untuk Dr Shaklee dan keluarga.

Setelah sekian lama mengamalkan pemakanan yang penuh dengan nutrisi, kesihatan Dr Shaklee bertambah baik. Ada yang mengatakan ia merupakan satu keajaiban pada zaman tersebut.

Walaupun peningkatan kesihatan Dr Shaklee agak perlahan namun ia semakin baik setiap hari. Disebabkan oleh itu, pada usia yang masih muda Dr Shaklee telah menerapkan dalam diri beliau bahawa kesihatan yang optimum semuanya bermula dengan sumber nutrisi yang lengkap, alam sekitar yang tidak tercemar dan senaman.

Apabila meningkat dewasa, Dr Shaklee memilih untuk belajar dalam 'Chiropratic' bersama dengan sahabatnya B.J Palmer. Selain itu, Dr Shaklee turut mempunyai ijazah dalam bidang nutrisi, biokimia, falsafah dan juga ijazah dalam bidang kerohanian. Ada juga yang bertanya kepada Dr Shaklee mengapa memilih chiropatric dan tidak memilih kedoktoran. Dr Shaklee berkata,

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza. Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"

Beliau juga menghabiskan banyak masanya dengan membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan bahawa "Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit"

Melalui kisah hidup yang dilaluinya, beliau mula mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan.

Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan suplemen pertama yang dinamakan sebagai 'Vitalized Mineral' yang juga dikenali sebagai Vitalea Iron Formula.

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada, Dr Shaklee berazam untuk tolong orang yang sakit dan tidak mampu datang jumpa dia.

Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, beliau menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya.

Yang mana ketika itu bahaya pada sinar xray masih belum diketahui

DIUJI DENGAN PENYAKIT KANSER

Sekali lagi Dr Shaklee diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tidak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi beliau tidak putus asa. Antara motivasinya sebab dia ingin terus berbakti.

Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yang banyak.

Ketika inilah beliau mula buat kombinasi 9 herba untuk detoks, maka terhasillah Herb-Lax ( untuk detox usus tu😊)

SEMBUH DARI KANSER MELALUI PEMAKANAN SIHAT DAN SUPPLEMEN.

Setahun selepas itu, Dr Shaklee sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tetapi klinik yang dimerawatnya tidak  percaya beliau sembuh semata-mata hanya menjaga pemakanan dan suplemen.

Dr Shaklee kembali membuka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan beliau ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarga pindah ke California. Di situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah-olah tiada harapan untuk hidup dan diramal akan mati sebanyak 2 kali.

Sikap positif, tidak  mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Sumber :  internet dan buku panduan.nutrisi.

#DoozyBeauty

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS