KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

Pernah tak, sebaik bangun tidur, bila pijak kaki ke lantai, rasa sakit telapak kaki? Saya pernah alami ini 6 tahun lepas. Alhamdulillah sekarang tidak lagi. Meh saya kongsikan puncanya. Antara punca sakit tapak kaki adalah : 1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki 2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki 3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut 4. Kecederaan tulang seperti retak Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki. Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ? Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan reganga...