Posts

Showing posts from January 14, 2017

TANDA-TANDA KANSER USUS

Image
Kanser Usus. *********** Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut: 1) Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. 2) Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa. 3) Berasa tidak puas selepas membuang air besar. 4) Sakit perut. 5) Berat badan turun tanpa sebab yang nyata. 6) Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus. 7) Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian te