Posts

Showing posts from December 19, 2016

PERPISAHAN DEMI MENUNTUT ILMU

Image
11 hari lagi, anak umi dah kena duduk asrama. Tak dapat nak bayang macam mana tak ada dia. Biasa sehari dua berpisah. Ini sebulan baru boleh balik rumah. Tak apa, demi masa depan dan ilmu kerohanian, umi doakan anak umi jadi anak yang soleh. Kesepian, kesunyian dan kerinduan akan menjadi pembuka cerita 2017. Rumah ini hidup, dengan suara azib yang suka berceloteh. Azib tempat umi memberi kasih sayang. Azib pengikat kasih sayang umi dan ayah. Dan... Kata jiran sebelah, nanti tak ada lah lagi dengar suara " rimau " umi kejutkan Azib pagi-pagi, bising suara Umi suruh Azib pergi mengaji, pergi solat. Macam anak sepuluh kan? Nanti rindu semua itu. Disebabkan Azib ada resdung. Azib pon malas nak konsisten sendiri makan ubat klinik, vitamin resdung yang umi beli untuk Azib. Kali ini umi mintak Azib tolong jaga diri sendiri. Azib janji nak bawa vitamin resdung. Garlic, Vitamin C, Alfalfa dan B Complex untuk makan sepanjang tinggal kat asrama. Jadi minggu ini umi akan orde

OSTEMATRIK BUKAN SEKADAR KALSIUM

Image
Pentingnya Kalsium Untuk Tulang Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya padat dan kuat. Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh dan berisiko tulang retak atau patah. Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’. Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlamb