Posts

Showing posts from November 27, 2016

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

Image
8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT  Biasanya kita akan disuruh berpantang makan bila alami sakit sendi lutut ini. Walaupun sesetengah makanan perlu dielakkan untuk tidak memburukkan lagi keadaan, namun sebenarnya ada beberapa makanan yang boleh membantu kita untuk melegakan bengkak sendi dan kaki, sakit jari-jemari, sakit pinggang dan sebagainya.  Anda boleh amalkan beberapa tips pemakanan di bawah:   1. Minyak Zaitun (Olive Oil) Adalah Yang Terbaik  Minyak zaitun kaya dengan asid oleik, omega-9 dan asid lemak yang membantu mengurangkan radang. Gantikan minyak masak sekarang untuk minyak zaitun yang lebih sihat. Gunakan juga minyak zaitun sekiranya anda makan salad. Ia bagus untuk jantung dan otak kita juga.   2. Makan Makanan Dari Sumber Protein Tinggi Daging merah adalah sumber protein tinggi. Ia membantu mengurangkan sakit sendi lutut. Namun begitu, daging merah selalu dikaitkan dengan kadar kolestrol yang tinggi. Justeru, anda boleh menggantikannya