Posts

Showing posts from April 20, 2017

APA ITU DETOX?

Image
Detox! detox! Apa detox tu? Detox ni merupakan satu proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan kita. Perlu ke kita detox ? Mestilah perlu atau lebih tepat wajib detox setiap orang. Cuba fikirkan. Berapa tahun dah kita hidup. Macam-macam makanan yang mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet yang lain berbahaya masuk dalam badan kita. Bukan itu sahaja, persekitaran yang tidak sihat seperti pencemaran udara disebabkan asap rokok, dan masalah jerebu juga boleh menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Bayangkan sekian lama kita membawa satu jasad kita ini , pernah tak kita "service"  badan kita? Kereta pun berapa bulan sekali kena "sevice"  Kalau tak, berkeladak minyak hitam tu. Kereta pun lama tak diservis, rosak sikit dibiarkan tidak dibaiki, lama-lama  makin melaratlah rosaknya. Macam itulah ibarat badan kita ini. Kalaulah  boleh tengok macam mana rupa sebenar usus tu agaknya, mahunya tak makan kita sebulan. K