Posts

Showing posts from May 10, 2017

MENITI SEBUAH KEJAYAAN

KENAPA SAYA BUAT BISNES INI? Korang nak tahu, dulu mula-mula saya buat bisnes ni, saja nak cuba-cuba bila tengok ada kawan-kawan baik satu kerja sangat berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Boleh bina empayar bisnes sendiri yang sangat membanggakan. Masa buat keputusan nak buat bisnes ini, saya cuma fikir, untung sabut timbul, tapi jauh di sudut hati saya, saya tak mahu tenggelam. Bila lama-lama duduk dalam bisnes ni dikelilingi insan-insan positif, saya punya matlamat dah bertukar. Sebab apa?  Sebab saya mula sedar, saya banyak impian. Saya perlukan banyak duit untuk mencapai impian saya yang belum tertunai itu. Dari sekecil-kecil impian, hingga sebesar-besar​ impian. Semua itu kalau saya senaraikan, menitis airmata. Sebab saya tak mampu. Tak mampu untuk merealisasikannya sebab duit yang saya ada cukup-cukup untuk menampung belanja keluarga. Kereta dan 2 buah rumah perlu dibayar tiap-tiap bulan. Itu tidak termasuk roadtax dan insuran kereta lagi, penyelenggaraan rumah, kereta ro