Posts

Showing posts from February, 2017

Nikmat Sihat

Bangun pagi cukup mudah hari ini. Rasa lega. Apa tidaknya seharian kelmarin sakit kepala, hanya menelan beberapa biji   B Complex dan Ostematrix untuk melegakan  dari kesakitan. Dapat tidur dengan lena adalah satu nikmat yang tak ternilai. Lama sudah sebelah kaki kiri ini tidak merasa lenguh, selenguh-lenguhnya.  Memanjat anak tangga ke ofis dalam keadaan kaki yang  sedikit rasa tidak selesa. Selepas sarapan , sebiji vitamin C saya telan dan  mulakan kerja seperti biasa. Dalam tengahari sedikit saya ambil 3 biji Lecithin dan OmegaGuard. OmegaGuard dapat legakan rasa sakit sendi kaki ni. Alhamdulillah sehingga petang  ini, rasa lenguh-lenguh dah hilang. Sakit itu ujian. Carilah penawarnya. In Shaa Allah , setiap penyakit ada ubatnya. Saya juga teruja untuk minum Vivix sebagai satu ikhtiar untuk  melegakan sakit sendi. Satu tonik yang dapat melindungi dan memperbaiki hingga ke sel DNA. #SihatSendiLutut #20StepImcome4Angka #GelombangShaklee