MENANTI KEHAMILAN KEDUA
Assalamualaikum. Bukan pertama kali saya diuji dengan rasa resah gelisah macam ini. Setiap tahun ada sahaja kehadiran period yang lewat mengundang rasa suspen di hati. Tahun ini saya diuji lagi. Lagi hebat sebab tak pernah lewat sebegini rupa. Bulan Jun lepas, bulan Ramadan, period lewat 13 hari. Tak pernah-pernah lagi dia buat hal macam ni. Biasa paling lewat pun dalam 5-7 hari sahaja. Sungguh suspen. Ingatkan dah melekat lah. Saya dengan debaran hari ke 13 cuba buat UTP , malangnya result nya negatif. Tup-tup keesokkanya period. Hampa sangat. Memang teruja sangat nak hamil kali kedua ni. Almaklum anak sulung saya dah umur 12 tahun sekarang. Bukan main dia nak adik. Selama 12 tahun jujur saya kata kan, tak pernah saya ambil pil perancang. Sejak dari awal memang saya inginkan anak ramai. Ramai tak ramai jugak, saya berimpian nak anak 5 orang gitu. Tapi ditakdirkan anak sulung saya, saya lahirkan diusia 28 tahun, dan sejak hari itu, saya tak ki...