8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT


8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT 

Biasanya kita akan disuruh berpantang makan bila alami sakit sendi lutut ini. Walaupun sesetengah makanan perlu dielakkan untuk tidak memburukkan lagi keadaan, namun sebenarnya ada beberapa makanan yang boleh membantu kita untuk melegakan bengkak sendi dan kaki, sakit jari-jemari, sakit pinggang dan sebagainya.

 Anda boleh amalkan beberapa tips pemakanan di bawah:

 1. Minyak Zaitun (Olive Oil) Adalah Yang Terbaik

 Minyak zaitun kaya dengan asid oleik, omega-9 dan asid lemak yang membantu mengurangkan radang. Gantikan minyak masak sekarang untuk minyak zaitun yang lebih sihat. Gunakan juga minyak zaitun sekiranya anda makan salad. Ia bagus untuk jantung dan otak kita juga.

 2. Makan Makanan Dari Sumber Protein Tinggi

Daging merah adalah sumber protein tinggi. Ia
membantu mengurangkan sakit sendi lutut. Namun begitu, daging merah selalu dikaitkan dengan kadar kolestrol yang tinggi. Justeru, anda boleh menggantikannya dengan protein daripada ikan seperti salmon, tuna, kembung dan sebagainya.

Jika anda ingin juga makan daging merah, sila makan dengan berhemah dan tidak berlebih-lebihan supaya tak timbul pula masalah lain.

 3. Makanan Berserat Tinggi Seperti Kekacang Dan Buah-Buahan.

 Kekacang seperti walnut, badam, kuaci adalah pilihan-pilihan yang terbaik. Manakala, buah-buahan seperti epal, nanas, strawberri, anggur dan sebagainya juga bagus untuk sendi.

 4. Bawang Putih

 Walaupun bawang putih membuatkan nafas sedikit berbau. Namun, bawang putih sangat bagus untuk meredakan bengkak sendi. Kombinasi bawang putih dengan herba adalah sangat bagus dan enak untuk dimakan di samping berfungsi membantu kita yang ingin lutut yang sihat. 

5. Herba Dan Ulam-Ulaman

 Herba atau ulaman adalah sangat bagus kerana kita selalu memakannya dalam keadaan segar. Bila diambil ketika segar bermaksud ia mempunyai jumlah nutrien yang tak terjejas oleh sebarang aktiviti basuhan dan masakan. 

Herba dan ulaman seperti daun basil, cili padi, parsley, pegaga, ulam raja dan lain-lain jika dipotong-potong dan dimakan sekali dengan bawang putih yang diracik, kemudian digaul sekali dengan minyak zaitun akan menghasilkan satu ramuan yang hebat untuk sendi. Ia sungguh menyelerakan dan berada dalam kelasnya tersendiri.

 6. Coklat Memang Menggemukkan Tetapi…

Walaupun coklat selalu dikaitkan dengan kegemukan namun ia perlu untuk menjaga kesihatan sendi. Coklat atau sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko adalah pencuci mulut terbaik bagi melengkapkan makanan yang membantu mengurangkan kesakitan. Pilihlah coklat yang rendah lemak dan mengandungi buahan-buahan serta kekacang untuk mengelakkan rasa bersalah memakannya.

 7. Teh Hijau Sentiasa Bagus Untuk Kesihatan

 Selain menurunkan risiko terhadap penyakit jantung dan kanser, teh hijau juga berfungsi seperti sayur-sayuran kerana ia bertindak sebagai bahan anti-radang (anti-flammatory) di dalam tubuh kita. Boleh diminum sama ada panas atau sejuk. Cuma tambahkan sedikit jus lemon untuk memeriahkan rasanya dan mengaktifkan kandungan antioksidan.

 8. Pilihlah Makanan Yang Segar Dan Seimbang

Untuk Kesihatan Seisi Keluarga Akhirnya, kita semua perlu makan makanan yang sihat. Tetapi tidak ramai yang mahu mengakui hakikat ini. Ia hanya dirasakan perlu apabila tubuh sudah mula diserang penyakit.

 Makanan yang kaya dengan asid omega dan antioksidan boleh mengurangkan keradangan supaya kita boleh hidup bebas tanpa sakit. Perlu diingat, apabila kita membuat senarai barang keperluan dapur, ingatkan diri sendiri bahawa makanan segar adalah yang terbaik kerana kandungan nutrien yang tinggi dan tak terjejas. Elakkan makanan segera dan makanan dalam tin bukan sahaja untuk kesihatan sendiri tetapi untuk kesihatan keluarga.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenali sakit lutut dan punca-puncanya. Boleh baca di sini.

Selain pengambilan makanan yang sihat. Bantuan supplement juga sangat penting memandang kita sering gagal mengambil diet harian yang berkualiti dan seimbang. 

Sangat disyorkan bagi yang mengalami sakit sendi dan lutut mengambil 3 item yang penting. 

1) Advance Joint Health Tablet ( AJHT)
2) Ostematrix
3) OmegaGuard

Bagaimana cara 3 supplement ini membantu sendi dan lutut kita?

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tabletmemberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.




**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tetapi ia sebagai makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi tubuh kita.

 *****************************

Saya Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu dan Seluruh Malaysia.

SID No : 1187755
Maizon Dalim


Boleh lawati Blog saya untuk info kesihatan dan produk Shaklee.

Blog : maizondalim.blogspot. com
Facebook : Maizon Dalim
FB Page :Atasi Sakit Sendi dan Lutut

WhatsApp / Call / Mesej : 019-963-4997









Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

HEALING CRISIS