MENITI SEBUAH KEJAYAAN

KENAPA SAYA BUAT BISNES INI?

Korang nak tahu, dulu mula-mula saya buat bisnes ni, saja nak cuba-cuba bila tengok ada kawan-kawan baik satu kerja sangat berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Boleh bina empayar bisnes sendiri yang sangat membanggakan.

Masa buat keputusan nak buat bisnes ini, saya cuma fikir, untung sabut timbul, tapi jauh di sudut hati saya, saya tak mahu tenggelam.

Bila lama-lama duduk dalam bisnes ni dikelilingi insan-insan positif, saya punya matlamat dah bertukar.

Sebab apa?  Sebab saya mula sedar, saya banyak impian. Saya perlukan banyak duit untuk mencapai impian saya yang belum tertunai itu.

Dari sekecil-kecil impian, hingga sebesar-besar​ impian. Semua itu kalau saya senaraikan, menitis airmata. Sebab saya tak mampu. Tak mampu untuk merealisasikannya sebab duit yang saya ada cukup-cukup untuk menampung belanja keluarga. Kereta dan 2 buah rumah perlu dibayar tiap-tiap bulan. Itu tidak termasuk roadtax dan insuran kereta lagi, penyelenggaraan rumah, kereta rosak, van niaga suami rosak. Kalau ditulis semua tu, memang stress.

Namun itu bukan bererti saya tidak bersyukur. Saya bersyukur dengan apa yang Allah telah rezekikan kepada kami sekeluarga.

Tapi saya perlu berusaha untuk mendapat lebih wang untuk semua itu. Mungkin orang tak percaya, sebelum ini saya nak beli sebotol vitamin pun terpaksa fikir lebih 100 kali sebab wang yang ada saya perlu dahulukan keperluan keluarga.

Saya wajibkan setiap bulan  buat sedikit simpanan dari duit  gaji untuk waktu kecemasan. Roadtax, insuran, duit untuk travel setahun sekali, walau sikit, saya dah asingkan dari duit gaji. Sebab tu orang sekeliling saya  susah tengok saya berbelanja lebih. Pakaian jarang bertukar baru. Sebulan atau lebih 3 bulan pun ada, tak beli sepasang pun.

Saya ketepikan kehendak naluri seorang wanita sendiri, untuk sesuatu yang lebih penting. Sebab itu aje yang saya ada, tak ada punca lain. Suami? Pendapatannya bolehlah menyara kami 3 beranak ini. Tapi untuk bermewah, tidak sama sekali. Sederhana sungguh kami sekeluarga. Untung suami dapat saya, tak pandai nak meminta-minta.😊

Saya seorang yang fikir masa depan, dari gaji serendah RM500 sebagai seorang kerani akaun pada  tahun 1998 lagi, saya suka menyimpan sebab bercadang jika kecemasan. Sebab itu saya jarang berhutang jika berlaku kecemasan yang perlukan wang sedebuk!. Sebab saya tahu orang-orang rapat dengan saya pon masing-masing ada masalah kewangan. Takkan nak susahkan mereka pula.😪 Dalam impian saya pon ada mereka. 😍

Sehingga sekarang tabiat menyimpan masih kekal. Namun saya masih tak mampu tunaikan lagi kesemua impian saya.

Setelah berbisnes shaklee ini, genaplah 2 tahun,  adalah beberapa impian kecil saya tercapai. Vitamin dah boleh beli dengan duit untung runcit dan bonus.  Duit bonus  beberapa bulan saya kumpulkan bolehlah menukar handphone Lenovo  yang  sering buat saya rasa stress asyik hang , dengan handphone Huawei P10LITE.  Walau tak sehebat iPhone, tapi RAM 4GB dengan storage 32gb. Sangat membantu saya dalam urusan bisnes ini. Tahu jelah, handphone nyawa untuk bisnes ini.

Sebab itulah, saya memaksa diri untuk terus berbisnes. Berbisnes dan menjadi matlamat utama saya membantu insan lain yang memerlukan.

Saya juga perlukan bisnes ini untuk dapatkan wang untuk memenuhi impian saya. Bila ada wang, sedekah amal jariah pun boleh berkembang. In Shaa Allah.

In Shaa Allah, dari impian kecil, tidak mustahil impian BESAR pula akan saya kecapi nanti.

Saya buat bisnes bukan suka-suka, tapi bermatlamat.

Moga ada jalan yang lurus di hadapan.

Jika kawan-kawan ada impian, nak capai impian itu. Jom bersama saya dalam bisnes ini. Bukan mudah tapi menjadi mudah bila ada impian. Impian lebih mudah jadi nyata bila sama-sama mengembleng tenaga dan idea untuk tujuan realisasikan impian kita.


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS