7 MAKANAN UNTUK ELAK SAKIT SENDI

7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi:

1. Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan  

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.

Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2. Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita

AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.

AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3. Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.

Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4. Kadar Pengambilan Produk Tenusu

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh menyebabkan sesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.

Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5. Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.

Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.

6. Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet

Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.

Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7. Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun

Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.

Sumber: internet


Pilih makanan yang berkhasiat untuk diet harian anda.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS