TIPS HILANGKAN PARUT MUKA

Masalah jerawat adalah salah satu masalah yang besar bagi sesetengah orang.
Nampak macam masalah biasa aje, tetapi boleh mempengaruhi tahap keyakinan seseorang  untuk tampil bergaul dengan lebih yakin dalam masyarakat. Rasa malu dan rendah menguasai diri. 
Jerawat boleh meninggalkan parut hodoh untuk tempoh yang lama yang membuat anda risau dan rasa rendah diri. Kecacatan kulit yang jelas seperti ini adalah umpama mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini selalunya boleh diminimakan dengan sedikit usaha dan masa.

Cara-Cara Terbaik

Cara 1: Ikuti satu regimen kulit

Ikuti satu regimen kulit. Oleh kerana kulit yang mudah berjerawat selalunya adalah daripada jenis “normal atau berminyak”, gunakan regimen kulit yang mengandungi pembersih dan penyegar dengan produk-produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bersih dan segarkan kulit muka anda sebelum anda pergi ke tempat kerja atau ke sekolah pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur pada waktu malam.

Cara 2: Buat masker menggunakan parutan ubi kentang mentah

Gunakan parutan ubi kentang mentah
Buat masker muka menggunakan parutan ubi kentang mentah dan gunakannya dua atau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh. Sangat berkesan untuk semua jenis parut.

Cara 3: Lembapkan kulit muka anda

Lembapkan kulit muka anda
Hanya kerana anda mempunyai kulit berminyak, bukan bermakna anda tidak perlu melembapkannya. Vitamin E amat bagus untuk memudarkan noda kulit. Gunakan pelembap kulit yang ringan dan tidak membuat pori tersumbat.

Cara 4: Buat Tepung L-Askorbik dan Masker Muka Gliserin

Masker muka gliserin
Anda akan lihat perbezaan yang ketara dalam masa dua minggu.

Cara 5: Sentiasa gunakan pembersih dengan pH yang seimbang

Pembersih dengan pH seimbang
Pastikan kulit anda bersih pada setiap masa.

Cara 6: Minum banyak air

Minum banyak air
Minum 8 gelas air sehari. Penghidratan yang menyeluruh adalah bagus untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit anda berseri.

Cara 7: Minum jus sayur-sayuran untuk kulit yang sihat

Minum jus sayur-sayuran
Minum segelas jus sayur-sayuran dengan limau nipis segar, tiga kali seminggu. Ia menjadikan kulit anda sihat, berat badan terkawal dan akhirnya memberikan anda kulit yang hebat, jika anda menjadikan ini sebagai satu tabiat.

Cara 8: Minum secawan teh hijau

Minum secawan teh hijau
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari. Ia mengeluarkan toksin daripada badan anda dan ia juga bagus untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan kulit kusam.
Kredit: Nurul Shahrin.
Untuk rawatan dalaman dengan cara lebih mudah, anda juga boleh dapatkan Vitamin E yang  sangat baik untuk menghilangkan parut. Hanya telan sebiji sehari dan pastinya mengambilnya secara konsisten akan dapat hasil yang sangat menakjubkan!

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS