MENANTI KEHAMILAN KEDUA

Assalamualaikum.

Bukan pertama kali saya diuji dengan rasa resah gelisah macam ini. Setiap tahun ada sahaja kehadiran period yang lewat mengundang rasa suspen di hati.

Tahun ini  saya diuji lagi. Lagi hebat sebab tak pernah lewat sebegini rupa. 

Bulan Jun lepas, bulan Ramadan, period lewat 13 hari. Tak pernah-pernah lagi dia buat hal macam ni. Biasa paling lewat pun dalam 5-7 hari sahaja. Sungguh suspen. Ingatkan dah melekat lah. Saya dengan debaran hari ke 13 cuba buat UTP , malangnya result nya negatif. Tup-tup keesokkanya period. Hampa sangat.

Memang teruja sangat nak hamil kali kedua ni.
Almaklum anak sulung saya dah umur 12 tahun sekarang. Bukan main dia nak adik.

Selama 12 tahun jujur saya kata kan, tak pernah saya ambil pil perancang. Sejak dari awal memang saya inginkan anak ramai. Ramai tak ramai jugak, saya berimpian nak anak 5 orang gitu. 

Tapi ditakdirkan anak sulung saya, saya lahirkan diusia 28 tahun, dan sejak hari itu, saya tak kisah sangat jika dalam waktu terdekat saya pregnant lagi.

Tapi Allah uji saya, dari tahun ke tahun, saya tak pernah miss haid. Sampai masa,  datang aje haid. 

Bukan saya tak pernah ikhtiar, saya dah pernah pergi berurut. Jumpa, 2,3 orang bidan yang tersohor. Orang lain pergi berurut , tak lama melekat perut, saya,ulang alik berkali-kali tak jugak menjadi.  Saya redho dengan takdir ini. Rezeki di tanganNya. 

Ikhtiar tak pernah terhenti, pergi juga jumpa pak ustaz, Darul Syifa. Pergi klinik cek rahim, o.k ke tidak. Semuanya o.k. Tak ada masalah.

Bulan ini , bulan Oktober. Diuji lagi dengan period yang tak datang2.  Berdebarnya. Last period bulan 31 0gos yang lepas. Hari ini dah 16.10.2016. Belum lagi datang. Tak pernah-pernah jadi macam ni. 

Perut pulak sakit memulas-mulas macam nak period. Tapi tak datang2 juga. Sakit belakang, sakit pinggang , lenguh kaki, cukup pakej dia datang kali ini. 

Lewat 7 hari , Jumaat lepas dah try buat UTP tapi result negatif. Hari ni dah lewat 16 hari.

Ya Allah , andai ini petanda aku mengandung, Kau peliharalah janin ku ini sehingga ia selamat kulahirkan.  Aamiin.

Dari bulan haji tahun lepas hingga ke bulan  haji tahun ini, 4 orang sudah insan yang terpilih ke rumah Allah yang suci itu, saya kirim  untuk mendoakan saya untuk dapatkan zuriat. Moga, beroleh keberkatan doa mereka semua. In Shaa Allah. Semua dengan izinNya.

Di samping saya juga ikhtiar dengan vitamin kesuburan Shaklee. Baru bulan lepas, saya start semula makan GLA Complex setelah customer saya, bagitahu berita gembira, dia telah mengandung setelah botol kedua dia makan GLA Complex yang dibeli dengan saya. Alhamdulillah. 

 Lain2 vitamin, seperti vitamin C memang dah jadi rutin harian saya telan , untuk kesihatan badan dan kulit.

Doakan saya pregnant bulan ini. 12 tahun menanti, moga tahun ini tahun istimewa buat saya. Moga ada khabar gembira untuk saya  khabarkan kepada 2 insan tersayang iaitu suami dan anak yang diuasihi. 
Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT BILA PIJAK LANTAI DI WAKTU PAGI

8 JENIS MAKANAN BANTU ATASI SAKIT SENDI LUTUT

HEALING CRISIS